Saturday, September 13, 2014

SEPUPU KAHWIN

Post kali ni menceritakan perihal sepupu aku yang baru berkahwin. Selama ni bukan aku tak pernah tengok sepupu kahwin, tapi kali ni sebab aku terlibat jugak dalam aturcara majlis ni dan majlis ni lain dari yang lain, so aku nak kongsila sikit.

 *seminggu sebelum menikah
Minggu ni memang aku dah dicop spupu aku sebab jobless kan.hahaha. Berangkat la aku ke Klang,Selangor. Bas pagi memang bosan dan letih sebab rase macam lama sangat duduk dalam bas. sepanjang minggu tu aku tolong la apa yang patut untuk persiapan kahwin tu. Dalam masa yang sama, aku boleh rase tekanan nak kahwin  tu. Fuhh. Aku yang gelabah lebih. Tugas aku buat goodies. Terangsang minda aku sebab kena main dengan nombor. Yang best nya, bukan aku buat sensorang. Ramai2. meriah. Yang tak meriah nya bila kau tengah semangat kira goodies siap catat kt kertas kan, alih2 kertas tu hilang. Garu kepala la apa lagi. last2 aku buat  'unknown'. Tak kuasa aku nak kira ulang2 kali.

*hari pernikahan
Alhamdulillah goodies dah siap sekali dengan bunga telur (aku boleh tidur tak lena sebab ingat tak siap). Pagi tu macam biasa. tapi seperti biasa, aku yang gelabah. ye la nak kahwin kan!! tapi hari ni memang macam2 jadi. Sampainya kat surau ingatkan ustaz dah ada la kan.tapi takde. Lama jugak lah kan tunggu sampai budak2 kecik yang datang tadi diam je, dah mula la nak merengek. yela, mane ada taman permainan dalam tu. Pelikla kenapa tak sampai2 ni. Rupa2 nya borang2 pasal kahwin (malas nak tahu pebenda) ada salah faham sikit. Lama pulak pak ustaz ni nak huraikan kenapa die lambat datang kan. Ikutkan aku nak suruh pak ustaz ni sinopsis kan aje. yela, nak dengar tazkirah mini lagi kan sebelum nak lafaz akad tu.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz berwalikan pak sedare aku sendiri, sepupu aku dah sah jadi isteri orang. Rase terusik aje hati ni. Bila bayangkan nanti, ayah aku yang akan melepaskan anak2 perempuannya. Sayu. Dengan aku sekali sedih. Aku pula yang sebak tak pasal2. Bukannya esok aku nak kahwin.

Malam tu ade makan makan dah. aku dengan angah serta sepupu2 aku kena bahagikan goodies kat tetamu. Baru aku tahu ape rasenya jaga kaunter. Nak senyum tu boleh. tapi kalu berjam, senyum tu pun dah tak macam  nak senyum. Lagilah aku tak kenal tetamu2 tu. Pelikkan, kalu kat bahagian Timur kan  orang nikah pagi, terus ade makan makan kan. berbeza kat sini. Nikah hari ni, esok baru ada majlis yang betul2. Takpun aku yang pelik sebab dah lama tak pergi kenduri kahwin.

*majlis resepsi
Majlis ini buat dekat rumah sedare aku je. Sonang nanti.Tugas aku mulanya tolong2 la kan, last2 jadi kakak jage candy booth. sebab orang yang bertanggungjawab tu kena jadi pengapit pengantin. yela, pengantin tak sampai lagi candy dah habis. kang tak pasal gelabah kat situ. Melayan kerenah orang memang susah. Terutamanya budak yang gilakan cekelat. Nak marah kang tak laku pulak booth aku ni. Aku cuma kawal keadaan dan pastikan tempat tu tak bersepah sebelum pengantin sampai. Apa yang ada kat situ? marshmallow, epal, lollipop, jajan dan pelbagai jenis lagi gula2. Yang tertumpu sekali mesin coklat yang orang buat celup marshmallow dan epal tu la. Aku semestinya la terliur. tapi tahanlah. Boleh tahan jugaklah kerenah budak2 ni. baru budak2. Kerenah orang besar nak makan marshmallow celup coklat lagilah macam2. Budak pun boleh beratur. tapi dia pulak mengalahkan budak2. Buat2 faham jela kan. Nak marah je,keje tak jadi nanti.

Alhamdulillah marshmallow licin, epal tak laku coklat banyak lebih. Giliran aku pulak. Sebabnye aku tak makan lagi, aku makan marshmallow la alas perut la kononnya kan.hahahah. Majlis habis petang. tapi malam tu ada majlis khas untuk orang2 rewang. Orang2 rewang ni y bertanggungjawab dari segi bahan mentah hinggalah ke bahagian masak. Kambing panggang. Lama tak makan. Punyalah kempunan nak makan kambing aku siap tunggu dekat depan grill tu lagi. Nasiblah abang sepupu aku yang panggang. Dia tahu aku jenis kuat makan, semangkuk dia bagi kat aku. takpe, panggang. hahahaa. Tengok bunga api, poco2. Perasaannya lega lepas berpenat lelah kan. hasilnya, puas. Esoknya dah nak balik. dah la aku duduk lama kat situ. Rase macam tak nak tinggalkan pulak.

*sinopsis
Hubungan keluarga makin rapat sebab aku pun jarang balik Klang. Then, Kahwin ni bukan perkara senang. Fikir baik2 dan sedalam dalamnya sebab kau dengan bakal isteri/suami kau akan duduk sebumbung, terima baik buruknya dan tolak ansur. Bukan boleh dibuat main. Pendirian teguh pun kena ada, lagi2 bila dekat nak kahwin tu. Ni berdasarkan pemerhatian aku la sebab pengalaman takder lagi sebab tak pernah kahwin.hehehe

#CIKJAH&BANGNAQIBBINAMASJID





aku kuat?

Kuat? sekuat mana orang tu, segagah dan setabah mana ada masa dia akan kecundang. Ya, sebab namanya pun manusia. Mana ada manusia yang sempurna. Siapa yang tak pernah kecewa dalam hidup ni? yang berbeza adalah jenis kecewanya. Samaada dari segi perhubungan, pelajaran, kawan, dan macam-macam lagi.

Aku pun tak lari dari kecewanya ni. Ikutkan hati, aku nak putus asa. Mujur ada yang memahami dan menasihati. Tak kurang juga yang mencemuh. Itulah keseimbangan. Baik dengan buruk. Saling memerlukan. Aku tak boleh langgar keseimbangan tu. Cuma aku yang kena terima dan maju ke depan walaupun peritnya nak berdiri tu,hmmm. Ya Allah, tuhan saje yang tahu.

Aku yang lupa usaha diiringi dengan tawakal. Aku berserah pada Tuhan. Dia maha Mengetahui sesuatu yang berlaku. Moga dipermudahkan.

Monday, September 8, 2014

#BILASHAMIMBERPUISI

Hati,
andai lemah,
lingkuplah kau
kerna,
bumi ini,
orang yang baik  memang ramai,

Tapi,
yang disekelilingmu,
tak siapa yang tahu
siapa yang baik atau sebaliknya

Hati,
kau kena keras
jangan tersentuh,
Andai disapa,
kata carutan
kerna,
 mereka lupa dengan ungkapan mereka
walau kau tertusuk sembilu,
keraskan dan pilihlah gembira
dan maaf
dari kebencian yang mendatangkan baranya api