Saturday, September 13, 2014

SEPUPU KAHWIN

Post kali ni menceritakan perihal sepupu aku yang baru berkahwin. Selama ni bukan aku tak pernah tengok sepupu kahwin, tapi kali ni sebab aku terlibat jugak dalam aturcara majlis ni dan majlis ni lain dari yang lain, so aku nak kongsila sikit.

 *seminggu sebelum menikah
Minggu ni memang aku dah dicop spupu aku sebab jobless kan.hahaha. Berangkat la aku ke Klang,Selangor. Bas pagi memang bosan dan letih sebab rase macam lama sangat duduk dalam bas. sepanjang minggu tu aku tolong la apa yang patut untuk persiapan kahwin tu. Dalam masa yang sama, aku boleh rase tekanan nak kahwin  tu. Fuhh. Aku yang gelabah lebih. Tugas aku buat goodies. Terangsang minda aku sebab kena main dengan nombor. Yang best nya, bukan aku buat sensorang. Ramai2. meriah. Yang tak meriah nya bila kau tengah semangat kira goodies siap catat kt kertas kan, alih2 kertas tu hilang. Garu kepala la apa lagi. last2 aku buat  'unknown'. Tak kuasa aku nak kira ulang2 kali.

*hari pernikahan
Alhamdulillah goodies dah siap sekali dengan bunga telur (aku boleh tidur tak lena sebab ingat tak siap). Pagi tu macam biasa. tapi seperti biasa, aku yang gelabah. ye la nak kahwin kan!! tapi hari ni memang macam2 jadi. Sampainya kat surau ingatkan ustaz dah ada la kan.tapi takde. Lama jugak lah kan tunggu sampai budak2 kecik yang datang tadi diam je, dah mula la nak merengek. yela, mane ada taman permainan dalam tu. Pelikla kenapa tak sampai2 ni. Rupa2 nya borang2 pasal kahwin (malas nak tahu pebenda) ada salah faham sikit. Lama pulak pak ustaz ni nak huraikan kenapa die lambat datang kan. Ikutkan aku nak suruh pak ustaz ni sinopsis kan aje. yela, nak dengar tazkirah mini lagi kan sebelum nak lafaz akad tu.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz berwalikan pak sedare aku sendiri, sepupu aku dah sah jadi isteri orang. Rase terusik aje hati ni. Bila bayangkan nanti, ayah aku yang akan melepaskan anak2 perempuannya. Sayu. Dengan aku sekali sedih. Aku pula yang sebak tak pasal2. Bukannya esok aku nak kahwin.

Malam tu ade makan makan dah. aku dengan angah serta sepupu2 aku kena bahagikan goodies kat tetamu. Baru aku tahu ape rasenya jaga kaunter. Nak senyum tu boleh. tapi kalu berjam, senyum tu pun dah tak macam  nak senyum. Lagilah aku tak kenal tetamu2 tu. Pelikkan, kalu kat bahagian Timur kan  orang nikah pagi, terus ade makan makan kan. berbeza kat sini. Nikah hari ni, esok baru ada majlis yang betul2. Takpun aku yang pelik sebab dah lama tak pergi kenduri kahwin.

*majlis resepsi
Majlis ini buat dekat rumah sedare aku je. Sonang nanti.Tugas aku mulanya tolong2 la kan, last2 jadi kakak jage candy booth. sebab orang yang bertanggungjawab tu kena jadi pengapit pengantin. yela, pengantin tak sampai lagi candy dah habis. kang tak pasal gelabah kat situ. Melayan kerenah orang memang susah. Terutamanya budak yang gilakan cekelat. Nak marah kang tak laku pulak booth aku ni. Aku cuma kawal keadaan dan pastikan tempat tu tak bersepah sebelum pengantin sampai. Apa yang ada kat situ? marshmallow, epal, lollipop, jajan dan pelbagai jenis lagi gula2. Yang tertumpu sekali mesin coklat yang orang buat celup marshmallow dan epal tu la. Aku semestinya la terliur. tapi tahanlah. Boleh tahan jugaklah kerenah budak2 ni. baru budak2. Kerenah orang besar nak makan marshmallow celup coklat lagilah macam2. Budak pun boleh beratur. tapi dia pulak mengalahkan budak2. Buat2 faham jela kan. Nak marah je,keje tak jadi nanti.

Alhamdulillah marshmallow licin, epal tak laku coklat banyak lebih. Giliran aku pulak. Sebabnye aku tak makan lagi, aku makan marshmallow la alas perut la kononnya kan.hahahah. Majlis habis petang. tapi malam tu ada majlis khas untuk orang2 rewang. Orang2 rewang ni y bertanggungjawab dari segi bahan mentah hinggalah ke bahagian masak. Kambing panggang. Lama tak makan. Punyalah kempunan nak makan kambing aku siap tunggu dekat depan grill tu lagi. Nasiblah abang sepupu aku yang panggang. Dia tahu aku jenis kuat makan, semangkuk dia bagi kat aku. takpe, panggang. hahahaa. Tengok bunga api, poco2. Perasaannya lega lepas berpenat lelah kan. hasilnya, puas. Esoknya dah nak balik. dah la aku duduk lama kat situ. Rase macam tak nak tinggalkan pulak.

*sinopsis
Hubungan keluarga makin rapat sebab aku pun jarang balik Klang. Then, Kahwin ni bukan perkara senang. Fikir baik2 dan sedalam dalamnya sebab kau dengan bakal isteri/suami kau akan duduk sebumbung, terima baik buruknya dan tolak ansur. Bukan boleh dibuat main. Pendirian teguh pun kena ada, lagi2 bila dekat nak kahwin tu. Ni berdasarkan pemerhatian aku la sebab pengalaman takder lagi sebab tak pernah kahwin.hehehe

#CIKJAH&BANGNAQIBBINAMASJID





aku kuat?

Kuat? sekuat mana orang tu, segagah dan setabah mana ada masa dia akan kecundang. Ya, sebab namanya pun manusia. Mana ada manusia yang sempurna. Siapa yang tak pernah kecewa dalam hidup ni? yang berbeza adalah jenis kecewanya. Samaada dari segi perhubungan, pelajaran, kawan, dan macam-macam lagi.

Aku pun tak lari dari kecewanya ni. Ikutkan hati, aku nak putus asa. Mujur ada yang memahami dan menasihati. Tak kurang juga yang mencemuh. Itulah keseimbangan. Baik dengan buruk. Saling memerlukan. Aku tak boleh langgar keseimbangan tu. Cuma aku yang kena terima dan maju ke depan walaupun peritnya nak berdiri tu,hmmm. Ya Allah, tuhan saje yang tahu.

Aku yang lupa usaha diiringi dengan tawakal. Aku berserah pada Tuhan. Dia maha Mengetahui sesuatu yang berlaku. Moga dipermudahkan.

Monday, September 8, 2014

#BILASHAMIMBERPUISI

Hati,
andai lemah,
lingkuplah kau
kerna,
bumi ini,
orang yang baik  memang ramai,

Tapi,
yang disekelilingmu,
tak siapa yang tahu
siapa yang baik atau sebaliknya

Hati,
kau kena keras
jangan tersentuh,
Andai disapa,
kata carutan
kerna,
 mereka lupa dengan ungkapan mereka
walau kau tertusuk sembilu,
keraskan dan pilihlah gembira
dan maaf
dari kebencian yang mendatangkan baranya api

Thursday, April 17, 2014

Parahnya

Dalam sembunyi ada kegilaan yang tersembunyi dan aku baru tersedar,
rupa-rupanya aku lack of confidence!!!low mentality!!!sensitive!!! psikologi aku amatlah teruk sampai aku sendiri yang buatkan kawan aku jauh dari aku. siape berani nak kawan dengan orang gila? Bermegah-megah dengan kebodohan..
mungkin aku patut berundur,mungkin...

aku rupanya gila, mudahnya aku tersentuh dengan perkara yang kecil sahaja.
yang aku masih kuat, tahan air mata dari mengalir
Bodoh?
aku dah mula salahkan orang, malu nak mengaku salah sendiri
bodoh namanya
mungkin aku patut diasingkan
.....

Shamim buat Comeback

ehem,ehem,
testing...testing..
boleh guna lagi rupanya blog ni
comeback kali ini mungkin akan banyak memaparkan kisah yang tersirat dan melebih lebih perumpamaannya dalam erti kata lain,hiperbola. bersedia ke korang nak dengar cerita hidup aku yang bosan lagi kecewa?
(macamlah orang nak baca cerita kau,kan?)

Thursday, March 28, 2013

baiki kereta

dah lama tak post kan..
.......
JANGAN INGAT PEREMPUAN TAK TAHU BAB KERETA

Alkisahnya begini..
pada malam semalam aku keluar dari rumah dan aku nampak ayah aku tengah potong paip getah yang besar dier lebih kurang getah paip bomba tapi lutsinar.pelik dah aku ni.Rupanya dia nak isi minyak. Kereta dah tak boleh gerak sebab minyak dah habis. Ish...dahla lubang paip tu besar,beli pulak corong tu besar gedabak.yer.. cik Jelani memang macam tu.Nak senang kerja beli jer..Habis tu tengah isi tu pun bukannya banyak yang masuk,keluar ada la..Lubang besar sangat,memang lah kan?

Dengan pengalaman yang aku ada masa aku kat tempat belajar aku yang selalu jer kereta sewa takder minyak tengah-tengah jalan. Aku dengan semangatnya menolong cik Jelani. First time tolong my dad. raser bangga jerk boleh tolong ayah aku. Blushing2..tapi dalam hati jerla kan dan taktik aku isi minyak tu menjadi pulak tu,huhu.. ^_^

Wednesday, December 19, 2012

#mood sedih

       Sudah bermula episod-episod sedih dalam hidup aku bersama kawan-kawan lain yang turut terlibat sama. Kami tabahkan diri kami ni dari segala benda yang hanya mendatangkan kesedihan ini. Mujurlah kami ni berbincang satu sama lain cara nak selesaikan tapi malangnya.Hanya lawak dan gelak tawa la yang dapat menggembirakan hati kami ni.

       Dah habis ayat *sedih dari celah hati aku yang terdalam. Nak stori mori cikit. Sedih pulak biler dengar citer dari kawan aku yang adik-adik kitorang kener. Sedih + Geram. mana tak nya. Dahla tak salah pergi buat jugak. Memang tak baik tau. Macam-macam yang diorang kener. Boleh bayang macamana keadaan diorang. Tegas dengan garang satu skop yang berbeza tau. Habis tu nak kene aku terang kan aper bezanya.

     Dah terserlah kat situ tau kekurangannya. Memimpin orang ini perlu cara yang sederhana. tak terlalu kasar tak terlalu lembut. Betul kan? Tapi aku harap yang adik-adik baru aku tu teguh, dan kuat macam kami-kami ini. Walau ditimpa pelbagai dugaan tetap tabah dan hadapi bersama adik beradik yang lain.

     Itulah manusia kan. Tak pernah puas apa yang dia ada dan tak pernah bersyukur dengan apa yng dia dapat. Sebagai manusia, muhasabah perlu ada dalam diri masing-masing. HAAA, tengok cermin jangan tengok sajer2 jer tapi cermin diri kamu dan lihat siapa diri kamu sebenarnya. Yang penting selalu ingatkan diri yang kita ni adalah hamba Allah.

p/s: manusia yang terpilih mendapat amanah, perlu dilakukan sebaik yang mungkin. jangan la dok   cibuk nak ambik amanah orang kalu amanah sendiri pun tak terbuat. Awesome nanang