Monday, December 22, 2014

#MIM DAH GRADE!!!



Dia punya lambat update pasal konvo,siap nak masuk study week dah. Well siapa suruh buat convo kat Dungun minggu ke 13 kan?

Tanggal 8/12/2014 secara offisialnya aku dah grade dari diploma. Zaman yang penuh dengan kenangan manis, dan zaman menggila dengan kawan2. Kiranya zaman pramatang aku la kot. Disebabkan aku punya konvo nak dekat last2, cuti pun aku tan banyak mintak. Konvo diploma ni bagi aku tak berapa best sebab tak berapa nak gather sangat dengan kawan-kawan.Alhamdulillah, family aku dapat datang untuk konvo ni. Kalau tak lagi barai.

Alhamdulillah, berkat kawan-kawan dengan family, aku dapat grade dengan tak berapa jayanya. tapi dapat grade la jugak.Hehehe. Mase ni la nak kene pakai heels, shawl ala mak-mak,  Baju dinner bagai. Idea ni bukan dari mak aku tapi ayah aku. Betapa eksaitednya nak tengok anak dia grade. Aku ni dah habis gabra. Tapi takpe demi mak ayah, aku sanggup berubah walau cuma sementara. Hehehe. Alhamdulillah dengan jayanya aku tak jatuh atas pentas dengan wayar mikropon berselirat bagai kat atas tu.

Perasaan aku konvo ni? Aku baru rasa ape erti konvo. Bila tengok mata makayah aku, eksaited bebenor diorang. Bangga tu nampak di mata mereka. Tapi sedih. Aku tak dapat nak bagi selempang pink kat makayah aku. Cukup dengan grade aje.

ahh, cukup dengan cerita menyedihkan konvo aku.Cerita konvo aku takde panjang sangat. Mostly i spend my time dengan orang2 yang terdekat ajer. Sebab tu sahaja yang termampu. Maafkan diri ini tak sempat nak bersua. Bukan sombong, tapi kekangan masa. Bayang lah, lepas konvo kena shoot balik utagha yang memakan masa berbelas-belas jam. (banyak berenti ekpun).

Habisnya diploma tak bermakna ijazah aku kena give up. Ijazah lagi tough dari abang sado la katekan. Memang betul. Believe me. Tapi tough tak bermaksud kau tak boleh nak harung. Allah tak akan uji hambaNya kalau dia tak mampu. Aku simpan dalam minda aku macam tu. Sebab bila kat degree ni, macam-macam orang lagi kau akan jumpa. Ijazah ni adalah proses untuk aku mengenal erti hidup aku. yup, ijazah masih sama dengan diploma. Kena ambik test, kuiz, presentation bagai. But ocence kau tak bace buku, pe pun tak dapat. Knowledge kena ada.Kalau dulu ambik isi untuk assignment kat internet pun banyak tapi degree is more specific. (ni, bagi pandangan aku. takde kena mengena antara hidup dan mati orang lain)

Hah, bagi adik-adik yang baru nak terjah ijzah ni, bukan aku nak takutkan korang. Just berhati-hati. Jangan lagho. Bab bagi nasihat kat orang power sangat la aku ni. Hehehe.

nak tido ke nak shoot?

tunggu giliran masuk dewan

#BEBAS


kita sangka bebas tu gembira,
bebas tu menarik nafas lega
tapi sedarkah kita?
untuk tarik nafas lega itu,
beban yang kau lalui,
perlu ada keperitan
untuk dapat hasilnya

nukilan:budakcourt

apa yang korang faham erti bebas? ya, aspeknya luas. Bagi aku bebas tu adalah apa yang kau akan dapat setelah keperitan yang perlu kau harungi dulu. Bebas itu adalah merdeka. Ya, aku tak punya banyak pengalaman dalam hidup. Banyak lagi yang perlu aku kejar untuk mendapat kebebasan tu.Aku dalam proses mengenal siapa aku dan apa tujuan cara hidup aku sekarang.