Friday, October 10, 2014

tuntut ilmu ke Utara

Nak cerita pasal aku pergi menuntut ilmu. Nak dijadikan cerita aku dapat sambung belajar di Utara. Jauh tercampak dari Timur dan ini lah pertama kalinya kaki aku keluar dari Timur ni untuk menuntut ilmu.

Homesick? Tipulah kalau aku tak. Memang aku dah selalu jauh dengan family aku. tapi taklah jauh keluar negeri bagai. Siapa tak sedih.
kat sini aku coretkan sedikit pengalaman aku selama 3 minggu aku menuntut ilmu di situ.

#cultureshock
Dalam seminggu tu memang aku kena survive macam dalam hutan tu. tapi memang aku kat hutan pun. Mula2 memang shock sebabnye wifi punya coverage tak sampai kolej. Aku dah terpikir camne nak buat assignment. Then perjalanan dari kolej ke bilik kuliah, mak aiii. Siap ada shortcut(tapi shortcut dah tutup). Kena jalan kaki ok. (since kampus aku yang dulu kecik molek je). Dalam 2-3 hari jugak aku terkejut. Bila tanya orang kat situ,diorang cakap lama2 akan terbiasa la. Ok, aku cuba positifkan diri.Terima kasih pada orang2 yang cakap tu, memang lama2 dah terbiasa.Alhamdulillah.
Nampak sangat macam aku manja kan?

#mushroom
tempat ni kirenye macam center la kat situ sebabnye macam2 kedai ade kat situ dan kat situlah jugak ade ATM. Kalau budak2 diploma dengan degree ade sekali, akan ade pasar minggu tapi hari2.Mule2 aku pelikla kenapa dipanggil mushroom. aku duk carila tugu mushroom ke, benda yang nampk macam mushroom la. Hakikatnye takder. Ada la jugak aku bertanya dekat budak lama. Diorang pun cakap dah terbiasa. Jadi aku pun biasakan diri dari aku penat cari mushroom tak jumpa2.

#apple
foodcourt kat cni mostly sodap2 n berpatutan. Korang mesti tertanya2 kan kenapa dipanggil epal,sedangkan bentuk epal pun takde. kata akak jaga foodcourt tu, sebabnye foodcourt tu sebelah bangunan oren jadi panggil la epal.

#makmal komputer
pernah sekali aku ada kelas kat makmal komputer. Makmal 8. Dengan yakinnya aku bawa kawan aku pergi tempat banyak2 makmal komputer la kan. Cari punya cari, dari makmal komputer 7,9,10. tapi 8 tak jumpa. Pelik la jugak. Naseb terjumpa makcik cleaner. Rupenye lab 8 tu kat lain. Bukan sebelah, belakang atau depan di antara makmal2 tu tapi kat lain ok.kat lain. Sesat. kitorang terserempak dengan lecturer yang akan lecture kitorang, kitorang pun join sekaki pi kelas sesame.

#kosiswa
kat sini memang banyaklah duit melayang kalau duk tunggu nak print. Sebabnye macam2 ade jual kat cni, Dari makanan ke air.Ala2 kedai runcit tapi mini sebab tak banyak. Aku ni dah la hantu air plus coklat. Adoi, memang tahan nafsu la. Tempat tu dah jadi rumah kedua aku kat situ selepas kolej. Yole, duk asyik singgah situ nak print je keje. takpun potostat. Takpun beli 100 plus.

Setakat ni, tu aje pengalaman aku baru 3 minggu. Library? jarang sangat setakat ni. Mudahan library jadi rumah ketiga aku pulak. Yang penting aku dah mula suka dengan tempat ni. Kampus dalam hutan katekan.

Kesimpulannya tak kisah la kau belajar kat mana2 pun. Semua tempat ade baik buruknye. Pandai2 lah kau nak imbang sebab kau yang duduk situ. Nak2 kalau yang jauh. Tapi orang cakap kalau dah belajar kat tempat orang, kenal dengan budaya mereka, kenal dengan keindahan tempat tu.InsyaAllah hilang rase homesick tu. Padahal aku sorang yang gelabah homesick tak tentu pasal.




 



No comments:

Post a Comment